Hampir setiap hari wanita tidak terlepas dari berbicara soal
kecantikan.Pelbagai tip dan panduan menjaga kecantikan akan dikongsi bersama
tatkala topik ini diutarakan.Namun belum tentu semua tip tersebut betul dan
boleh dipraktikkan.Mari kita semak kebenarannya.
1 Ubat Gigi Menyembuhkan Jerawat
Kebanyakan produk ubat gigi mengandungi bahan iritasi seperti
zat pemutih.Tapi,menyapu ubat gigi ke atas jerawat memang membantu
menyembuhkannya.Pastikan saja anda memilih formula tanpa zat pemutih.
2 Bulu Lebih Lebat Kalau Dicukur
Bagi anda yang sudah biasa mencukur bulu kaki atau ketiak
dengan pisau cukur,mungkin akan mendapati bulu yang tumbuh selepas itu lebih
lebat.Lebat dan tebalnya bulu yang tumbuh di kaki atau di bahagian tubuh anda
bukan kerana sering mencukur,sebaliknya ia mungkin berkaitan dengan keturunan
secara genetik.Justeru sebelum mencukur,sapu kaki dengan sabun agar kulit tidak
tergores dan luka saat mencukur.Baik anda mencuba kaedah 'waxing' yang akan
mencabut bulu hingga ke akar.Kaedah ini juga akan membuatkan bulu yang tumbuh
lebih halus.
3 Rambut Bercabang Boleh Diatasi Dengan Shampu
Sebenarnya ini adalah salah satu kaedah untuk promosi atau
menjual produk-produk shampu.Cara mengatasi rambut bercabang adalah memotong
hujungnya dan mencegahnya dengan perawatan shampu yang baik.Selain itu,jangan
terlalu terdedah di bawah matahari dan sesekali lakukan rawatan creambath ke
salun untuk mendapat rambut yang cantik.
4 Kosmetik Semulajadi Elak Alergi
Belum tentu sesuatu produk kecantikan yang menggunakan bahan
semulajadi sesuai dengan anda.Jika tidak sesuai,pasti ia akan menimbulkan
reaksi alergi.Justeru,sebelum mencuba kosmetik pada wajah,sapukan sedikit pada
belakang telinga.Apabila terasa gatal dan memerah,hentikan dan jangan memakai
kosmetik itu kerana tidak sesuai dengan kulit anda.
5 Kulit Kering Punca Kedutan
Antara faktor utama penyebab kulit berkedut adalah disebabkan
oleh sinaran matahari yang berlebihan.Justeru,untuk mengelakkan masalah
ini,anda perlu menggunakan krim pelindung ultra lembayung (sunblock) terutama
apabila di bawah sinaran matahari.Krim dengan SPF tinggi adalah lebih
baik.Jangan sapu sunblock jika cuaca mendung.
Sinaran ultra lembayung yang dikeluarkan matahari tetap dapat
menembusi awan yang tebal sekaligus boleh menjadi penyebab kerosakan kulit
anda.Jadi jangan tinggalkan sunblock.Gunakan krim ini minimum 20-30 minit
sebelum keluar rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.
6 Rambut Mudah Rosak Jika Dicuci Setiap Hari.
Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu
seminggu sekali adalah salah.Dalam persekitaran ketika ini yang penuh dengan
pencemaran rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu,pasti akan
membuatkan rambut semakin kusam dan rosak.Maka mencuci rambut setiap hari
tentunya baik untuk menjaga keindahan mahkota anda.
7 Deodoran Penyebab Kanser Payudara
Ini hanyalah mitos kerana tidak ada hubungan antara deodoran
dan kanser payudara.Pun begitu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari adalah
lebih baik daripada selalu menggunakan deodoran tapi jarang mandi.
Cantik Di Hati
Pandanglah kecantikan hanya sesuatu keindahan yang bukan
untuk diagung-agungkan.Begitu juga janganlah memandang keburukan sesuatu
kehodohan atau kecelaan.Bersyukurlah atas apa yang dikurniakankepada kita
kerana kedua-duanya adalah anugerah tuhan.
sorry, also do not speak you language, but I'II try to tranlate. I foud your blog very helpful and full of relevante information. congratulations! and I'm also following you. hugs.
ReplyDeletethanks for follow me :-)..i'm also try to translate your blog & i've done it well..your blog is also nice and beautiful (^_^)
DeleteWah banyaknya posting :)
ReplyDeleteErrr, jika saya boleh tulis di sini - rajin-rajinkanlah membaca dan ramaikanlah pembaca. Selamat berblogging yea ^_^
thanks for your suggestion..:)
Deletethanks for beauty tips.byk info :)
ReplyDeletewelcome :-)
Delete