PASANGAN bayi kembar ini dilahirkan
di dua negara yang berbeza.
MELAHIRKAN
bayi kembar merupakan perkara yang indah buat kebanyakan ibu. Begitu juga bagi
seorang wanita muda, Donna Keenan, 28, yang menetap di rumah keluarga suaminya
di Northumberland, sebuah bandar di England yang bersempadan dengan Scotland.
Saat
menjelang kelahiran anak kembarnya cukup dinantikan. Tetapi sebaik sahaja masa
itu tiba, pelbagai perkara unik berlaku.
Dia tidak
menyangka melahirkan anak kembar lelakinya iaitu Dylan di rumah keluarga
suaminya di England. Manakala kembar perempuannya iaitu Hannah di sebuah
hospital di Scotland.
Menurut
Donna, peristiwa itu terjadi kerana dia mengalami kesukaran untuk bersalin
disebabkan melahirkan anak kembar tidak cukup bulan.
"Secara
tiba-tiba semasa menonton televisyen saya mengalami kesukaran untuk bersalin.
"Saya
yakin tidak sempat ke hospital menyebabkan keluarga mertua memanggil pihak
paramedik. Saya melahirkan Dylan di rumah," katanya.
Pening
Kemudian,
pihak paramedik mengatakan dia sempat untuk membawa Donna ke hospital terdekat
yang terletak di Scotland untuk melahirkan seorang lagi bayi.
DONNA beranggapan kelahiran bayinya
sebagai menakjubkan.
Keluarga
suaminya bersetuju dan dia dihantar dengan van ambulans ke Borders General
Hospital di Melrose, Scotland.
Perjalanan
itu mengambil masa kurang sejam dan jaraknya hanya 20 kilometer.
"Mereka
kerap meminta saya agar bertenang dan tidak cuba meneran untuk melahirkan
Hannah. Walaupun perjalanan tidak begitu jauh mungkin kerana kesakitan ia
dirasakan terlalu lama," katanya.
Lucunya, dia
melahirkan Hannah di lantai bilik bersalin. Suaminya, Joe Fox, 24, menjaga
Dylan dengan sabar semasa Donna berada di hospital.
Joe, 24,
memberitahu, dia agak pening dengan kejadian itu.
"Saya
sedang mencari pusat jagaan kanak-kanak melalui internet untuk Dylan di England
dan Scotland untuk Hannah.
"Ini
merupakan satu pengalaman yang menarik dan berbeza. Mereka akan mengalami
proses pembesaran yang berbeza selain mendapat keistimewaan di negara kelahiran
masing-masing," katanya.
JARANG situasi anak kembar dilahirkan
di dua negara berbeza seperti dialami pasangan Donna dan Joe.
Sebelum ini,
mereka telah mempunyai seorang anak bernama Jessica yang berusia dua tahun.
Joe bekerja
di sebuah taman permainan manakala Donna sebagai pelayan restoran. Sehingga
hujung minggu ini, kedua-dua bayi itu bersama ibu mereka masih berada di
Scotland.
Sekiranya
kedua-duanya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah mereka akan dibenarkan
pulang ke Northumberland tidak lama lagi.
Joe pula
berpendapat kedua-dua anaknya masih lagi berbangsa Inggeris tulen.
"Sejujurnya
saya tidak kisah asalkan mereka selamat. Itu sudah cukup selain membesarkan
mereka sebaiknya.
"Tarikh
1 Julai pasti akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya kerana peristiwa unik
ini," katanya.
No comments:
Post a Comment