GAMBAR yang dirakamkan daripada
YouTube menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.
NEW YORK -
Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat,
Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang
80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline.
Namun, Jobs
tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini,
setahun selepas kematiannya.
Ia yang
dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus.
Kos
pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.
"Saya
tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene
bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis
biografi, Walter Isaacson.
Jobs yang
meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak
sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.
Keluarga
Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu
membina kapal tersebut.
Antara
peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi
No comments:
Post a Comment