expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 13 January 2013

Kawal makan demi kesihatan





Seperti yang sedia maklum, ada kaitan rapat antara kegemukan dan penyakit jantung. Keadaan ini menjadi faktor utama bagi tekanan darah tinggi dan peningkatan paras kolesterol. 


Pengurangan berat badan banyak membantu menurunkan kadar kedua penyakit yang berkaitan dengan jantung. Kajian epidemik menunjukkan bahawa ada peningkatan sebanyak 3 mmHg tekanan sistolik dan 2 mmHg peningkatan tekanan diastolic apabila berat badan seseorang itu meningkat sebanyak 10 kilogram melepasi paras berat badan normal. 


Manakala untuk setiap 10 peratus penambahan berat secara relatifnya dianggarkan bahawa 6.5 mmHg peningkatan terhadap sistem tekanan darah dalam tubuh. 

Kajian yang dibuat menunjukkan individu yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko lebih tiga kali ganda mendapat ‘hypertension’ dan 1.5 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kolesterol berlebihan berbanding dengan orang yang mempunyai BMI normal. 


Selain itu, sebanyak 30 peratus jumlah kematian penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh faktor amalan diet pemakanan yang tidak seimbang serta corak kehidupan yang tidak sihat. 






Kegemukan adalah salah satu punca risiko utama dalam perkembangan diabetes tahap dua iaitu ‘non-insulindependent diabetes mellitus (NIDDM). Maklumat dari kajian juga menunjukkan NIDDM adalah tiga kali ganda lebih biasa di kalangan individu kegemukan berbanding normal. 


Manakala bagi barah pula, satu kajian besar yang dijalankan Persatuan Kanser Amerika mendapati kadar kanser prostat dan kolon adalah lebih tinggi di kalangan lelaki kegemukan. 


Kanser seperti uterus, servik dan ovari menunjukkan peningkatan ketara di kalangan wanita kegemukan. 


Sementara bagi wanita yang hampir menopaus pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. 


Sakit jantung dan sistem pernafasan adalah faktor mekanikal berkaitan dengan lemak berlebihan dalam badan boleh menjurus kepada kegagalan paru-paru berfungsi dengan baik. 


Kegemukan yang tidak terkawal menjadi punca tidur berdengkur dan kegagalan bahagian sebelah kanan jantung untuk berfungsi. Data daripada penyelidikan juga menunjukkan pesakit kegemukan dan kadar kematian secara jelas berhubungkait antaranya peningkatan risiko penyakit jantung dan kegagalan jantung berfungsi. 


Rumah sendiri adalah tempat yang terbaik di mana anda boleh mengawal pemakanan anda. Anda yang akan menentukan bila untuk makan, apa untuk di makan dan bagaimana untuk menyediakan makanan. 


Anda boleh menggunakan panduan di bawah ini untuk membantu anda menguruskan berat badan anda






- Makan tiga hidangan yang lengkap setiap hari. Tetapi jika anda mempunyai keinginan untuk mengunyah, ambil sedikit lobak merah, timun atau buah jambu. 


- Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang. 


- Jangan makan dengan laju, ini kerana anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya. 


- Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan. 


- Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan membakar. Cara ini mengelak anda menggunakan minyak dengan banyak. 


- Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.




2 comments:

  1. Kena kawal makan dah ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)..kenal kawal dr sekarang..nanti dah teruk tak boleh nak elak dah..kena makan ubat dan jumpa doktor la jawapannya

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com