ISTERI seorang pengembala gajah
mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu.
BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah
itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan
tersebut.
Biji kopi
itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang
merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang
dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa
hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada
bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah
Arab Bersatu.
Harga untuk
secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
"Apabila
seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang
terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake
Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan
kopi tersebut.
Sebelum
mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan
pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar
haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo
gajah.
Ujian itu
menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana
memakan biji kopi.
Menurutnya,
gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
"Rasa
kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh
Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini,
Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis
musang.- Agensi
No comments:
Post a Comment