PINTU bersayap dibuka dengan kawalan
jarak jauh.
LONDON:
Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi
peminat sains fiksyen.
Kenderaan
futuristik ini yang berharga £75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan
ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.
Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya.
Ia dijana
oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada
roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan.
Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.
Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah.
Michael
Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida,
Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini.
IA dijual pada harga RM375,000.
Dia yang
dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model
dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex.
“ETV ini
dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih
mencari sesuatu yang berbeza,” katanya. - TS
huiyooo bapak mahai.. hihi canggih sgtt takut nak naik :P
ReplyDelete