SUDAH memasuki usia 33 tahun, aktres Kate Hudson masih
kelihatan seperti wanita berusia 20-an.
Melalui temu bual bersama The Huffington Post, ibu kepada dua
anak tersebut memberitahu, dia masih kelihatan muda bukan atas bantuan pembedahan.
Sebaliknya, rahsia untuk kekal cantik dan awet muda terletak
kepada cara dia bersederhana dalam solekan.
"Saya sama seperti ibu. Kami tidak percaya kepada alat
solek untuk kelihatan cantik. Ya, kami bersolek, tetapi bukan terlalu tebal dan
mengambil masa yang lama.
"Kami hanya memerlukan masa selama lima minit dan tidak
memerlukan cermin untuk bersolek. Barangkali itu antara punca saya masih kekal
awet muda, kerana tidak terlalu bergantung kepada kosmetik," ujar Hudson.
Anak kepada aktres Goldie Hawn itu juga menjelaskan, secara
jujur, pada usia sekitar 20-an tidak begitu menitikberatkan soal penjagaan
kulit dan kecantikan.
Namun selepas melewati usia 20-an, dia mula menyedari
kepentingan menjaga kulit.
Ujarnya: "Jadi saya mula melakukan rawatan muka dan
kulit sekerap mungkin selain memakai krim yang disyorkan. Saya juga mula
meminum air dengan banyak."
Hudson juga menegaskan, dia hanya perlu bergantung kepada
rutin yang telah dilakukannya dan menolak untuk melakukan sebarang suntikan.
"Saya tak percaya kepada suntikan atau pengambilan
serum," katanya yang turut memastikan dia tidur dengan cukup sebagai salah
satu rahsia awet mudanya.
No comments:
Post a Comment