Chen berkebolehan menulis secara
dengan dua tangan serentak tanpa sebarang alat bantuan.
Di zaman
kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan
kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.
Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.
Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.
Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.
"Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak," katanya. - DailyMail
No comments:
Post a Comment