expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 15 January 2013

Jangan abai penjagaan rambut!





BERTUDUNG bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi lapan jam sehari. 


Bagi yang bertudung, penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut. 


Berikut tip penjagaan rambut yang boleh dipraktikkan bagi menyerlahkan kecantikan semula jadi rambut wanita. 






Cuci rambut


Rutin terbaik untuk mencuci rambut adalah dua atau tiga hari sekali. Paling penting, pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut kamu. Tidak seharusnya mahal, asalkan syampu tersebut mampu membuatkan kulit kepala terasa bersih serta menjadikan rambut sihat, itu sudah memadai. 






Elak guna pengering rambut


Kerap menggunakan pengering rambut mampu membuatkan rambut kelihatan kusam. Jika tidak mempunyai pilihan, gunakan pada suhu tinggi untuk mempercepatkan proses mengeringkannya bagi menggelakkan rambut mudah rosak.






Longgarkan ikatan rambut


Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana ikatan tersebut mampu memberikan tekanan kepada kulit kepala. Oleh itu, longgarkan sedikit ikatan supaya kamu menjadi lebih selesa, selain mengurangkan masalah keguguran rambut. 






Mengeringkan rambut


Elak mengikat rambut ketika masih basah dan kemudian terus menyarungkan tudung bagi memastikan kulit kepala kamu tidak 'tebal' dengan kelemumur. Kamu boleh mencuci rambut pada waktu malam bagi membiarkan mahkota wanita itu kering secara semula jadi.






Fabrik tudung


Penggunaan tudung daripada material kapas sangat disarankan kerana mampu memberi pengaliran udara keluar dan masuk. Selain itu, elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Ini kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala mahu bernafas.






Elak gosok rambut secara kasar


Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, gosok secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Dengan itu, kamu dapat mengelakkan rambut mudah putus atau gugur.






Rawat rambut


Memakai tudung boleh menimbulkan bau yang tidak enak pada rambut kerana faktor kelembapan. Oleh itu, rawatlah mahkota kamu itu dengan ramuan rempah-ratus sebulan sekali agar dapat mengekalkan keharuman rambutmu!         

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com