expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 January 2013

Kurangkan Obesiti Secara Semulajadi





Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya.Ada yang boleh digunakan di dalam hidangan dan ada pula yang digunakan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.Kali ini,mari kita kenali beberapa tanaman dan kegunaannya untuk mengurangkan obesiti.






1 DAUN SALAM


Daun salam merupakan sejenis tanaman yang biasanya digunakan di dalam masakan.Selain itu,ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit,antaranya adalah kolesterol tinggi,kencing manis,tekanan darah tinggi,cirit-birit dan mengurangi obesiti.


Bagi anda yang ingin menggunakan daun ini sebagai bahan untuk mengurangkan obesiti,cubalah cara ini.Pilih lima hingga tujuh helai daun salam yang masih segar.Cuci bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian tapis dan biarkan sejuk.Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam. 






2 LIMAU NIPIS


Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama.Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi.Untuk membuat ramuan mengubati obesiti,ambillah limau nipis dan belah empat.Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat.Minum setiap malam sebelum tidur.






3 BUAH DELIMA


Buah ini mempunyai batang berkayu yang mempunyai banyak cabang,serta mempunyai duri pada cabang dahannya.Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima putih,delima merah dan delima ungu.


Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna,dari akar hinggalah ke kulit kayunya.Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan mengurangi obesiti,ambil dua lembar daun delima muda.Cuci dan tumbuk sehingga halus,ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas.Campurkan dengan sedikit garam,dan tapis.Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.






4 NANAS


Buah ini kaya dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kecacingan,sakit tekak,beri-beri,sembelit,luka terbakar,gatal,bisul dan obesiti.Untuk mengurangkan obesiti,sediakan sebiji buah nanas yang tidak terlalu masak,kupas dan cuci bersih.Potong mengikut keperluan,dan parut untuk diambil jusnya.Ambil pati nanas tadi dan minum 2 kali sehari.






5 LOBAK MERAH DAN TIMUN


Kedua-dua jenis tanaman ini dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus.Caranya,ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana.Parut dan perahkan jusnya.Boleh juga ditambah pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum 2 kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.  




No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com