Anda suka jalan
kaki untuk ke satu-satu tempat? Tak kiralah sama ada ke kedai runcit
berdekatan rumah mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar
di taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)
Jikalau anda
memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.
Berjalan
kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan
risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.
Antaranya;
1.
Kurangkan risiko diabetes
Kajian
terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.
2.
Kurangkan risiko strok
Berjalan
kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu
pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali
seminggu.
3.
Kurangkan risiko kanser payudara
Berjalan
kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu
si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??
4.
Menguatkan daya ingatan
Kajian dari
Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun
mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah
menelitinya selama 4 tahun.
Demensia
merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun
dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta
pergaulan.
Dimensia ini
boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an
ke dan atas.
Oleh itu,
lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.
5.
Memperbaiki kehidupan seks
Ah-ha! Bagi
pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?
Menurut
kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti
jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...
A.
Meningkatkan ransangan seks
&
B.
Meningkatkan kepuasan seks mereka
kerana
pengaliran darah yang lebih lancar.
Sekarang,
bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum?
Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai
rutin baru anda. (^_^)
nice entry!!!
ReplyDeletethanks..:-)
Delete