Cerita Ini
Kesinambungan bagi kisah Raja Namrud Cuba Membunuh Tuhan Nabi Ibrahim A.S iaitu
Allah S.W.T
Raja Namrud pun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga yang halus.
Senjata
buatan manusia yang paling hebat pun tidak mampu menepis serangan makhluk yang
halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja
Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Beliau bagaimanapun berjaya
melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk ke otaknya. Dipercayai
selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya
dicucuk oleh nyamuk itu.
Dalam waktu
tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap
mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk
mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah
beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk
memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja
Namrud yang zalim itu.
Kemudian
nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah
kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang
halus.
No comments:
Post a Comment