Gajah berbakat ini memegang berus
dengan belalai sambil ditemani penjaga.
SEEKOR gajah Asia yang diberi nama
Karishma, menjadi penghuni paling berbakat di Zoo ZSL Whipsnade, Bedfordshire,
apabila menghasilkan lukisan kanvas yang kini dijual dalam eBay.
Menurut penjaga Karishma, anak gajah berusia 14 tahun itu mengguna belalai untuk memegang berus dan melukis bulatan, garisan dan tompok-tompok kecil dengan warna berlainan.
"Kini, salah satu lukisan Karishma telah dimasukkan ke dalam senarai eBay dan jumlah yang dibida setakat ini mencecah £100 (RM487.50).
Hasil lukisan Karishma.
"Hasil
jualan lukisan itu nanti akan digunakan untuk projek pemuliharaan haiwan di
sini," kata penjaga Karishma, Elizabeth Becker. - MailOnline
No comments:
Post a Comment