GAMBAR daripada pihak Akuarium New England di Boston menunjukkan udang karang berbelang oren hitam yang diberi nama Split.
BOSTON -
Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari
Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika
Syarikat (AS).
Orang ramai
terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut
yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.
Udang betina
seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan
Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts.
"Haiwan
ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang jurucakap pusat
akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.
Bahagian
kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah
kanannya.
Mengulas
mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik
itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.
Hidupan laut
itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.
"Dianggarkan
terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta
udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan.
Udang karang
pada kebiasaannya berwarna hijau. - Agensi
No comments:
Post a Comment