Aberdeen:
Seorang wanita terkejut menemui seekor siput masih hidup dalam hidangan makan
malamnya di sebuah hospital.
Angel
Crawford, 20, menemui siput itu ketika makan kentang putar beberapa hari
selepas melahirkan anak di Hospital Bersalin Aberdeen, November lalu.
Kejadian itu menyebabkan model dan ahli muzik berkenaan tidak lagi mahu makan makanan hospital.
Ketika
menceritakan peristiwa itu semalam, Angel berkata: “Mulanya saya tidak
menyedarinya. Tetapi selepas makan satu atau dua sudu penuh, saya ternampak
siput berkenaan. Saya berhenti makan dan berkata, “Ia kelihatan seperti siput.”
Saya melihat dengan lebih dekat dan saya mengulangi beberapa kali perkataan “Oh
Tuhan, apa benda itu.” Kemudian tunang saya, Gavin melihatnya lalu berkata, “Ia
sudah pasti siput,” Angel yang kini was-was mengenai kualiti makanan hospital
mengaku pengalaman itu menyebabkan dia tidak lagi ingin makan di hospital.
“Apabila anda sudah berdepan dengan emosi selepas melahirkan anak dan bimbang mengenai keadaan anak anda, ia bukan pengalaman baik untuk dilalui.” Angel yang berasal dari Aberdeen, Scotland, menghubungi Richard Carey, Ketua Eksekutif NHS Grampian, satu daripada 14 lembaga kesihatan serantau Perkhidmatan Kesihatan Scotland, untuk mengadu kejadian itu.
Dia menerima permohonan maaf, kelmarin dan tawaran melawat dapur lembaga berkenaan.
Seorang
jurucakap NHS Grampian berkata: “Kami terkejut selepas mengetahui kehadiran
‘benda asing’ dalam makanan itu dan kami akan berkongsi hasil siasatan pihak
pembekal dengan Angel.” - Daily Mail
No comments:
Post a Comment