Rumah terkecil di dunia.
London:
Seorang arkitek Jerman cuba menangani krisis perumahan dengan mencipta rumah
paling kecil di dunia berukuran hanya satu meter persegi dan hanya memakan masa
sehari untuk dibina.
Ada cukup ruang untuk menempatkan bangku di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh digulung ke belakang untuk mengubahnya kepada sebuah katil.
Arkitek Van
Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan induk ciptaannya One SQM, dengan harapan
ia akan memperbaiki pasaran perumahan.
Tawar satu rumah
“Saya mahu menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri,” lapor akhbar The Sun memetiknya sebagai berkata.
“Anda boleh membawanya dan tinggal di taman atau tasik atau di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” katanya.
Pembina hanya memerlukan sebatang tukul besi dan gergaji selain 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta pintu untuk membina bangunan seberat 40 kilogram itu.
“Falsafah di sebalik projek saya ialah mencipta idea yang mana rakyat boleh mengembangkannya,” kata Le-Mentzel. - Agensi
bagusnya....boleh dtg malaysia jadi buruh asing nie...
ReplyDeletenak ke dia jadi buruh kat sini..agaknya dia tak mahu kot..kat negara dia jadi buruh lagi mahal upahnya..:-)
Delete