Usain Bolt
pun tercungap-cungap, anda apatah lagi...
Kita merasa tercungap-cungap kerana sistem pernafasan kita terpaksa bekerja lebih untuk menyalurkan tenaga kepada otot-otot kita. Paru-paru kita membawa masuk oksigen daripada udara yang kemudian akan dibawa oleh darah dan disalurkan kepada otot serta keseluruhan badan.
Di dalam paru-paru terdapat berjuta-juta pundi-pundi berspan
kecil yang dikenali sebagai alveoli. Alveoli dikelilingi oleh kapilari yang
merupakan pembuluh darah kecil. Apabila kita menarik nafas, udara akan memasuki
alveoli dan meresap di dalam kapilari. Justeru apabila kita bersenam tubuh kita
memerlukan lebih banyak oksigen, bermakna paru-paru kita bekerja lebih cepat.
No comments:
Post a Comment