Jambatan kayu yang
membiak ini menjadi penghubung laluan yang dipisahkan sungai.
Kenapa perlu
membina jambatan jika mampu menanamnya? Itu yang terjadi kepada penduduk sebuah
lembah di timur laut India yang menghimpunkan kayu pokok sebagai jambatan sejak
beratus tahun lalu, kemudian ia membiak menjadi jambatan unik.
Menurut
penduduk, mereka begitu memerlukan jambatan sebagai penyambung jalan kerana
sungai cetek dalam hutan Khasi Timur itu, akan dipenuhi air semasa musim hujan
monsun sekali gus amat berbahaya untuk diharungi.
"Nenek moyang kami membuka laluan jalan kemudian menyambung batang-batang pokok yang kemudian hidup sehingga ke hari ini," katanya.
Sementara itu, sebuah jambatan konkrit baru yang dibina penduduk kampung berkenaan turut bertukar menjadi penyambung laluan yang membiak tumbuh-tumbuhan hijau seperti jambatan terdahulu. - Grindtv.com
No comments:
Post a Comment