KEMATIAN
KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung
- Penyakit darah tinggi
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk
meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha
suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan
dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar,
panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari
9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa
ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam
muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15
tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit
ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
INILAH
IDEOLOGI BELIAU
1. Membolehkan perempuan memakai tudung
dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar
panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di
khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah
parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa
"negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian
moden" .
5. Menggalakkan minum arak secara
terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam
bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki.
Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar
negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung
dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar
Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama
harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.
Agama
Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.
Menyerang
Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.
Menggubal
undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.
Menukar
Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.
Menutup
masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.
Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.
Membatalkan
undang-undang waris, faraid secara Islam.
17.
Menghapus
penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.
Menganggap
dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang
askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana
takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau
tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
balasan Allah... mustafa kamal atartuk
ReplyDeletea ah..memang allah laknat dia..sampai bumi dgn langit pon x terima dia..neraka je boleh terima dia
Delete