REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.
RIO DE
JANEIRO: Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi
susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia
beberapa jam kemudian.
Menurut
Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air
minuman berkenaan.
Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.
“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.
“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico.
Bagaimanapun,
Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu
melalui pembuluh darah. Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta
pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.
Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.
Insiden
berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro.
Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.
Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.
“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment