1. The
Cone Snail
Bentuknya memang indah seperti tidak berbahaya. Tapi jangan
silap kerana dengan racun dari sengatnya (hujung pangkal mulutnya) boleh
dipanahkan seperti panah HARPOON, dapat membunuh hanya dalam masa 4 minit.
Betapa hebatnya, tembakan panahnya boleh menembusi baju selam yang tebal.
Pada masa haiwan ini mengigit saraf-saraf akan menjadi tidak
berfungsi, mangsa akan jatuh dalam keadaan "beku" dimana tak ada otot
yang boleh digerakkan. Betapa dashyat nya, racun binatang ini di gunakan oleh
CIA untuk senjata pelumpuh.
2. Poison Arrow Frog
Katak ini adalah satu-satunya haiwan yang dikenali boleh
membunuh manusia hanya dengan "SENTUHAN" Racunnya bukan terletak di
taring atau lidahnya, tetapi di kelenjar kulitnya.
Katak ini boleh melompat sejauh 2 meter tingginya dan jika
tersentuh maka nantikanlah kesannya.
3. The Lazy Clown
Hidup di hutan Amazon, di selatan Brazil .Anggota binatang
serangga "LONOMIA" nama aslinya Taturana Tatarana. Binatang ini
sejenis ulat-ulat pohon yang biasa kita lihat.Tetapi yang berbeza dari ulat
pohon kebanyakan.
Duri-durinya yang berjumlah ratusan tersebut menyimpan
racun-racun yang membunuh dan sudah memakan belasan mangsa setiap tahunnya.
Racunnya adalah ANTICOAGULANT paling extreme yang pernah ada.
ANTICOAGULANT boleh memecah belah dan menghancurkan susunan sel darah.
4. Beaked Sea Snake
Kalau anda
pergi ke kepulauan India dan Asia , pantai-pantai daerah India atau di sekitar
Teluk Persia ,jangan hairan jika melihat binatang sejenis ular boleh berada di
dalam laut lepas. Nama ilmiahnya Enhydrina Schistosa.
Racun
binatang ini terkenal akan kesannya. Tapi jumlah racun sebegitu sudah lebih
dari cukup untuk membuat anda kehilangan nyawa. Orang-orang Singapura dan Hongkong
sering menjadikan ular ini sebagai lauk makan malam.
5. Stone
Fish
Binatang ini tidak seperti haiwan lain kebanyakan yang suka
bersembunyi, bersiap sedia semasa mangsa mendekati dan menyerangnya. Cukup
hanya terdiam tanpa kata binatang ini sudah boleh membunuh mangsanya. Duri-duri
yang terletak di hampir semua bahagian binatang ini bagaikan parade jarum racun
HYPODERMIC.
Setiap duri cukup untuk membunuh para penyelam dalam hitungan
beberapa minit. Tetapi yang mengerikan bukanlah kematiannya melainkan saat-sat
menjelang kematian. Racun dari Ikan ini sangat berbisa hingga lebih baik
menyerang bahagian tubuh yang terkena racun tersebut daripada hidup sesaat pun
dengan racun itu.
6. Box ''Coffin'' Jellyfish
Chironex fleckeri adalah ubur-ubur berukuran kecil. Besarnya
hanya 16 inci. Binatang unik yang mempunyai 24 pasang mata dan tentaclenya yang
membawa ribuan dosis nematocysts.
Jarum-jarum Microscopisnya terangsang tidak hanya oleh
keinginan "si empunya" tetapi juga oleh sentuhan lembut di kulit binatang
ini. Elokah binatang ini dan anda akan merasakan racun saraf (NEUROTOXIN)
paling kuat yang pernah ada.
Sengatannya disebut juga "THE SEA WASP" yang di
deskripsikan oleh ahli sebagai siksaan yang mengerikan. Ratusan bahkan Ribuan
sengatan akan dirasakan oleh mangsanya. Hingga boleh menimbulkan efek SHOCK
yang mengerikan dan merobek kulit-kulitnya.
Bayangkan ditusuk dengan ribuan jarum suntik yang berukuran
kecil dan tipis dalam sekali waktu, lebih kurang itulah rasanya. Hal yang
mengerikan tentang binatang ini adalah racun dan sengatnya boleh membunuh bukan
lagi dalam hitungan minit atau saat, tetapi hanya hitungan REFLEK.
Fakta tentang Ubur-ubur ini:
- Tentacle beracunnya boleh disimpan untuk waktu yang cukup lama. Malah tentacle yang dikeringkan boleh di aktifkan bila terkena air.
- BoX Jellyfish sebenarnya bukan ubur-ubur, tetapi Cubozoans (binatang yang berbentuk kubus)
- Boleh membesar sehingga seukuran kepala manusia dan tentacle nya boleh membesar sehingga 3 meter panjangnya.
No comments:
Post a Comment