Alat penyahsaraf yang dimasukkan ke
dalam salur darah pesakit.
SYDNEY -
Sepasukan doktor Australia semalam memuji pembedahan pertama di dunia ke atas
seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan tekanan
darah tinggi dan strok.
Dikenali
sebagai autosomal recessive polycystic dan congenital hepatic
fibrosis, penyakit tersebut menyerang ginjal dan hati manusia.
Budak lelaki
itu, Matthew Gaythorpe, 10, menghidap tekanan darah tinggi dan pernah diserang
strok pada tahun lalu selain mengalami sawan dan kelesuan.
Gaythorpe
yang didiagnosis menghidap penyakit gangguan tidur kronik pada usia empat tahun
juga terpaksa mengambil sekitar 30 jenis ubat sehari.
Namun, nasib
kanak-kanak itu berubah selepas dia mendapat kebenaran menjalani pembedahan
berbentuk eksperimen baru-baru ini.
Dalam
pembedahan tersebut di Institut Jantung Monash, Amerika Syarikat, satu alat
khas yang begitu halus dimasukkan ke salur darah di dalam ginjal Gaythorpe.
"Dengan
menggunakan teknologi frekuensi radio pada alatan itu kami telah membuang
sebilangan saraf dan tisu di sekeliling arteri ginjal Gaythorpe yang
menyebabkan darah tinggi," kata pakar bedah Ian Meredith dari Institut
Monash Heart.
"Pembedahan
ini berjaya mengurangkan simptom dan tekanan darah Gaythorpe."
Ibu pesakit,
Alex memberitahu bahawa pembedahan itu memberikan kesan menakjubkan dengan
Gaythorpe kini lebih tenang manakala tekanan darahnya juga telah menurun.
"Dia
kini dapat membaca buku semula (dengan selesa)," kata wanita tersebut. -
AFP
No comments:
Post a Comment