Gambar perut (stomach). Dapat dilihat
sekali esofagus, sphincter (pencerut), dan usus (bawah perut)
Pedih ulu hati adalah penyakit yang biasa
berlaku dalam masyarakat. Ia dipanggil Gastro Esophageal Reflux Disease dalam
istilah bahasa inggeris. Definisi semasa pedih ulu hati ialah 'keadaan dimana
isi daripada perut seperti asid naik ke kawasan esophagus, menyebabkan sakit
atau apa yang dinamakan sebagai pedih ulu hati.
Biasanya, masalah pada pencerut bawah esophagus (cardiac sphincter) menyebabkan
masalah pedih ulu hati berlaku. Sekiranya masalah pedih ulu hati berlanjutan,
maka ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti metaplasia sel
Barett, dan yang paling dikhuatiri ialah kanser esophagus.
Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan berlakunnya pedih ulu hati, antaranya termasuk:
- Hernia dalaman (perut ternaik ke atas ke kawasan ruang dada) menyebabkan pencerut tidak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan asid dari perut naik ke kawasan esofagus.
- Pencerut esofagus menjadi lemah
- Esofagus kehilangan fungsi peristalsis (pergerakan esofagus rosak)
- Kegemukan
- Terlebih penghasilan asid di perut.
- Perut lambat kosong akibat daripada lambatnya pemprosesan makanan di perut.
- Terlebih makan sehingga perut penuh
- Merokok
- Mengandung
- Pembedahan dalam pesakit achalasia
- ubat ubatan
Antara simptom simptom penyakit pedih
ulu hati ialah:
- Rasa pedih ulu hati (rasa terbakar pada kawasan belakang tulang dada bahagian bawah)
- Pedih ulu hati sewaktu makan
- Pedih ulu hati sewaktu baring
- Pedih ulu hati selepas makan makanan pedas, masam
- Pedih ulu hati sewaktu menggeliat
- Air liur keluar dengan banyak
Antara simptom luar biasa termasuk:
- Batuk yang kronik
- Asma pada waktu malam
- Radang peti suara (laryngitis)
- Resdung (Sinusitis)
Apakah komplikasi penyakit pedih ulu
hati?
Barett esofagus
|
Antara
komplikasinya termasuk:
- Barett esofagus (perubahan sel pada esofagus daripada squamus kepada collumnar, yang sekiranya tidak dirawat seterusnya boleh membawa kepada kanser)
- Kanser esofagus
Rawatan
Rawatan
dapat dilakukan melalui pembetulan gaya hidup pesakit, ubat ubatan dan melalui
kaedah pembedahan.
Mengubah gaya hidup:
- Kurangkan berat badan
- Berhenti merokok
- Pakai bantal sewaktu tidur untuk mengelakkan asid perut naik ke esofagus
- Makan dalam kuantiti yang sedikit namun secara kerap
- Elakkan minuman panas, alkohol (haram), buah buahan masam, tomato (masam), bawang, air berkarbonat, makanan pedas, kopi, teh, coklat (kafein), dan jangan makan dalam 3 jam sebelum tidur.
Ubatan:
- Gaviscon (seperti yang selalu dalam iklan)
- Antasid (Aluminium hidroksida)
- Lansoprazole (PPI), satu atau dua kali sehari bergantung kepada tahap serius
Pembedahan:
- Pembedahan Fundoplication kepada pesakit yang amat kritikal
Hello Nurul,
ReplyDeleteSaya ingin tahu jika anda menerima komen dari saya, dan jika anda minat untuk membantu kami dengan memberikan informasi kepada pengikut-pengikut anda mengenai isu pedih ulu hati dan gastrik.
Seperti yang saya nyatakan tempoh hari, proses menambahkan link ini 'Gaviscon' amat mudah sahaja. Jika anda memerlukan bantuan, sila bagi tahu saya dan saya gembira untuk membantu anda!
Proses ini amat mudah dan anda boleh membantu banyak orang.
Saya menunggu balasan anda.
Yang benar,
Edith
Lion&Lion
edith@lionandlion.com
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDelete