expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 29 January 2013

Cirit Birit (Diarrhoea)





Cirit birit bermaksud terdapat banyaknya kuantiti air pada najis. Banyaknya air pada najis menyebabkan pergerakan peristalsis semakin laju, seterusnya menyebabkan rasa mahu sangat buang air secara kerap


Najis yang dibuang adalah dalam bentuk cecair. Dalam kes tertentu, najis yang dibuang berwarna kekuningan dan mengandungi kandungan lemak yang banyak sehingga sukar untuk di 'flush', ia dinamakan steatorrhoea. 


Cirit birit harus dibezakan daripada masalah 'urgensi' (rasa mahu cepat cepat buang air, secara tiba tiba). Urgensi boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti penyakit kanser usus besar atau 'ulcerative colitis' (radang usus besar yang disertai dengan ulser).





Tanda tanda klinikal


Sekiranya cirit birit berlaku secara tiba tiba dalam masa yang singkat, ia mungkin disebabkan oleh penyakit gastroenteritis. Ia boleh juga disebabkan oleh jangkitan sewaktu merantau ke kawasan lain (travelers diarrhoea). 


Sekiranya cirit birit berlaku dalam jangka masa yang lama, ia mungkin disebabkan oleh masalah kronik seperti Penyakit Crohn's, Ulcerative Collitis atau kanser. Hilang selera makan, turun berat badan, dan kurang darah boleh memberi petanda kepada punca organik.




Sekiranya cirit birit berlaku bersama pendarahan yang dapat dikesan pada najis, maka besar kemungkinan ia adalah kesan daripada jangkitan kuman seperti Shigella, E. Coli, Campylobacter, Salmonella, Clostridium dificile (SECSEC). Pendarahan juga boleh memberi petanda penyakit seperti Crohn's disease, Ulcerative colitis, tumor dan polyps (bonjolan pre-kanser pada kolon).


Sekiranya pendarahan yang banyak berlaku, ia boleh memberi tanda buasir, varices vena esofagus, atau kecederaan pada salur makanan.


Sekiranya cirit birit berlaku bersama lendiran mukus, ia boleh memberi tanda seseorang itu menghidap masalah Irritable Bowel Syndrome (IBS = Sindrom Usus Sensitif), masalah kanser kolon dan polyps.


Sekiranya cirit birit berlaku bersama nanah, maka ia boleh membawa petanda bahawa seseorang itu menghidap jangkitan atau radang seperti diverticulitis (radang pundi kecil pada usus), dan boleh juga membawa petanda penyakit radang lain seperti Crohn's dan Ulcerative colitis.


Sekiranya penyakit itu berpunca daripada usus besar, maka kebiasaannya, najis yang dihasilkan adalah cair (berair) dan disertai mukus. Pesakit yang menghadapi masalah pada usus besar ini biasanya tidak dapat menahan rasa mahu buang air dan mereka akan segera ke tandas sejurus sahaja merasa sakit perut ('urgensi').


Sekiranya penyakit itu berpunca daripada usus kecil, biasanya pesakit tidak mempunyai urgensi. Namun, sekalipun pesakit telah membuang air untuk melegakan rasa sakit perut, biasanya mereka tetap merasakan sakit perut. Hal ini demikian kerana sakit itu berpunca daripada usus kawasan atas menyebabkan buang air besar tidak mampu melegakan kesakitan tersebut kerana cecair tersebut masih lagi melalui kawasan usus kecil dan masih jauh sebelum ia dibuang keluar. Masalah yang sama dapat dilihat dalam pesakit steatorrhoea (najis berlemak).


Ubat ubatan juga adalah merupakan faktor besar bagaimana seseorang itu boleh menghidapi masalah cirit birit. Penyakit yang dialami pesakit juga boleh menyebabkan cirit birit. Antaranya ialah:


  • Thyrotoxicosis (terlebih hormon thyroid)
 
  • Autonomic Neuropathy
 
  • Penyakit Addison. (Kurangnya hormon cortisol menyebabkan kurangnya kesan hormon adrenergik (permissive effect) seterusnya menyebabkan peningkatan sistem parasympathetic, seterusnya menyebabkan cirit birit)
 
  • Tumor carcinoid (lebihan serotonin)
 


Rawatan


Pesakit yang mengalami kehilangan banyak cecair badan haruslah menggantikannya dengan banyakkan meminum air. Ubat seperti Loperamide adalah amat sesuai untuk mengurangkan pergerakan usus seterusnya mengelakkan cirit birit yang berterusan. Antibiotik diberikan hanya kepada individu yang disyaki menghadapi jangkitan kuman. (SECSEC). Bagi kanak kanak pula sesuai digunakan diosmectite (menurut PharmDr Martin Sterba). Dalam jangkitan serius seperti C. Difficile, ubat metronidazole dan vancomycine diberikan kepada pesakit.





No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com