Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu
terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di
dalamnya yang sangat menyenangkan.
Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah
dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia
di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya
para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk
mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang
membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam
mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan
begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada
ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk
orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh
secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat
orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada
sahabatnya.
No comments:
Post a Comment