TIGA pemuda melompat
semasa menunjukkan kemahiran parkour yang dimiliki mereka di Khan Yunis, Gaza
pada 7 Oktober lalu.
KHAN YUNIS, Palestin - Sukan ekstrem parkour yang
menggabungkan kombinasi berlari, melompat dan gimnastik diperkenalkan
sekumpulan anak muda di Genting Gaza.
Sebuah kumpulan yang dianggotai 12 lelaki berusia dalam
lingkungan 20-an membuat demonstrasi sukan tersebut di Hospital Nasser, Genting
Gaza baru-baru ini.
Sejumlah penonton termasuk pesakit dan doktor melihat aksi
kumpulan anak muda itu.
"Dia seperti Superman," kata seorang penduduk yang
melihat seorang anggota kumpulan itu, Mohammed Jakhbir berlari ke arah dinding
dan membuat lompatan.
Seorang pemuda, Jihad Abu Sultan, 24, berkata, dia menyertai
kumpulan itu empat tahun lalu selepas melihat klip video Mohammed di laman
YouTube.
"Saya kagum dengan parkour terutamanya ketika melibatkan
aksi lompatan," katanya yang mempunyai latar belakang seni mempertahankan
diri kungfu.
Anggota-anggota kumpulan itu melakukan latihan di kem
pelarian Palestin di sini.
Parkour diperkenalkan oleh kumpulan Yamakasi di Perancis pada
1980-an. - Agensi
No comments:
Post a Comment