expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 January 2013

FOOD:PLASTIK, JABIR @ SUPIT @ RAJUT: PEMBUNUH DALAM DIAM!





Tahukah anda, terdapat 7 jenis plastik digunakan dalam industri pembungkusan termasuklah plastik yang digunakan oleh mak cik goreng pisang untuk membungkus pisang goreng dan sos ladanya.

Botol plastik di pasaran dikategorikan mengikut kod resin 1-7 seperti penamaan saintifik di bawah:


1. PETE (polyethlene tereplhtalate)
2. HDPE (High Density polyethylene)
3. V atau PVC (Vinyl atau Plovinyl)
4. LDPE (Low density polyethylene)
5 . PP (polypropylene chloride)
6. PS (polystyrene)
7. Other atau Plastik polikarbonat 






Namun begitu, bukanlah kuliah berkenaan plastik yang ingin penulis sampaikan. Sebenarnya penulis ingin sebarkan mengenai keburukan BPA yang terdapat dalam resin berkod 3 dan 7(PC)!





BPA atau Bisphenol A ialah komponen utama oleh industri kimia dalam pembuatan plastik polikarbonat contohnya bekas makanan, botol susu, casing handphone, lapisan dalam tin atau kotak minuman, CD/ DVD. Tujuan utamanya adalah untuk dalam industri makanan adalah untuk mengekalkan kualiti makanan bagi tempoh tertentu melalui peranan resin. Resin campuran yang berbahaya ini menjadi agen antioksida yang menyumbang kepada pengawalan kualiti dan shelf life sesuatu makanan.

Resin epoksi yang digunakan sebagai pelapis dalaman bagi makanan dan minuman dalam tin yang kita gunakan sejak kita lahir ke dunia ini. Jadi apa sebenarnya masalahnya sehingga negara-negara membangun seperti Aussie, kanada Denmark, France dan German telah mengharamkan elemen 'tidak toyyib ini'? Begini hujahnya, apabila BPA ini leeching atau luntur kedalam makanan terutama pada air atau suhu panas, kesan-kesan jangka panjang seperti berikut boleh berlaku kepada anda atau anak anda seterusnya menjurus pertambahan bilangan pesakit dihospital dan berkembangnya takaful medik di Malaysia:


1. Mengganggu sistem endokrin, (pembebasan hormon badan anda).
2. Mengganggu sistem imunisasi, kurang daya tahan badan.
3. Diabetes
4. Kanser prostat dan payudara
5. Bilangan sperma yang rendah
6. Cyst pada ovari
7. Masalah keguguran janin
8. Akil baligh yang awal 






Nah, jika sedari bayi sudah diberi BPA yang mereka tak mampu nyahkan xenobiotik sebagaimana orang dewasa, maka bolehlah dijadikan hipotesis awal akan kesannya dengan adanya senarai penyakit itu di negara kita. Cuma Mac 2012 baru nak diharamkan untuk bagi muka kepada para industri. Jadi anda mulakanlah dahulu. Jika ibu ayah berdegil juga nak beli botol yang lutsinar terkandung BPA itu, bolehlah sementara ini mengikut langkah penjagaan seperti dibawah:

1. Jangan tuang air panas terus ke dalam botol
2. Basuh botol dengan span lembut, bagi mengelakkan calar
3. Jika botol bercalar, tukar yang baru.
4. Beli yang BEBAS BPA!


Sekian.





p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati, jangan jadikan diri anda dibunuh atau pembunuh dalam diam kerana menggunakan barang yang memudaratkan atau tidak toyyib.

Rujukan:
Apakah itu Bisphenol A, Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia


10 comments:

  1. bahaya yer botol plastik ni rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2..kalau nak selamat beli yg brand tupperware..confirm no BPA

      Delete
  2. memang ada dengar pasal nie semua....tapi biasalah...hangat2 tahi ayam...dulu beli alat permainan pun tengok lebel dulu baru beli...lepas nie kena buat baliklah bahaya....kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..check betul2 baru beli..bahaya kat anak2 nanti

      Delete
  3. sekrang ni macam2..kena pandai buat pilihan. bukan utk sapa, utk keluarga jugak.

    ReplyDelete
  4. Byk sgt produk kat luar tu time membeli tu yang kena perhati betul2 takut tersalah pilih..kdg2 yg cantik x semestinya bagus yg buruk x semestinya x bagus...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com