LONDON:
Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya, dia
tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan.
Bagi Cassie,
32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat
sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa.
Warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. Tinggal di Enfield di utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini. “Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh.
“Saya tak
pernah melihat telur sebegini sebelum ini,” katanya. Bagi mendapatkan
kepastian, dia membuat carian di Internet.
Setakat ini,
katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall - James Church
- menemui telur bulat seperti itu beberapa tahun lalu.
Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan. - TS
No comments:
Post a Comment