expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 January 2013

SUBHANALLAH...TIBA-TIBA LAUTAN JADI PADANG BOLA



Cuba anda tengok gambar di bawah. Apa yang anda fikirkan? Gambar seorang perempuan bersama anak kecilnya yang sedang berjalan di pinggir padang bola? Jawapannya salah!!


Jika ia padang bola mengapa tiada gawang gol di hujung sekali, tapi yang ada ialah sebuah kapal yang seperti tersadai?






Ia sebenarnya gambar seorang perempuan bersama anak kecilnya berjalan di tepi sebuah pantai di China. Dan yang bewarna hijau seperti padang bola itu ialah laut yang bertukar dari biru menjadi hijau. Aneh, kan, lautan boleh bertukar jadi padang bola? 





Di bawah ini pula, gambar lautan itu dari sudut yang lebih jauh. Kelihatan lautan biru dilapisi sebahagiannya oleh tompokan hijau  yang kelihatan seperti padang bola itu.





Dan misteri mengapa lautan biru bertukar menjadi hijau terungkap di sini: kelihatan seorang pekerja sedang mengalihkan rumpai laut (seaseeds) dari laut berkenaan. Rupanya yang kelihatan hijau itu ialah rumpai laut!!






Banyak sekali rumpai laut itu rupanya, selepas dikumpulkan ia menjadi hampir setinggi bukit!!





Dan sekarang...nak dibawa ke mana pula rumpai laut ni?







Fenomena yang begitu indah apabila lautan biru diselangi tompokan hijau...








Fenomena alam sebegini sebenarnya jarang terjadi dan ia cuma sering ditemui di pantai China. Sebilangan nelayan China mengambil rumpai laut ini untuk dijual, dengan harga yang cukup mahal kerana khasiatnya yang dikatakan dapat menyembuhkan banyak penyakit. 


Maha Suci Allah yang mencipta keindahan dan rezeki melimpah untuk manusia yang rajin mengusahakannya...

6 comments:

  1. Maha Suci Allah..
    ciptaaNYA yang indah..

    ingatkan tadi padang..rupanya laut..

    ReplyDelete
  2. betul tu..ramai yg sangkakan laut..allah maha besar..segalanya yg dibuat ada tujuan disebaliknya..dia berikan rezeki yg tak terduga kepada umatnya di dunia ini..:)

    ReplyDelete
  3. ya allah,besar ciptaan allah tu kan..

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar..tiada siapa dpt menandingi kekuasaanNya..setiap yg DIA jdkan itu ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com