SARA bersama tiga pasangan kembar yang dilahirkannya.
LONDON: Seorang wanita menjadi ibu pertama di Britain melahirkan
anak kembar tiga kali.
Kejadian itu dianggap ganjil kerana kemungkinan ia berlaku adalah
satu dalam setiap 500,000.
Keeva dan Ceira, dilahirkan Jun tahun lalu oleh Sara Jones, 33,
dari Southport, Merseyside.
Kelahiran pasangan kembar itu meningkatkan jumlah anak Sara kepada 10 kerana dia juga mempunyai empat anak lain.
Keluarga itu menerima bantuan lapan pain susu dan dua buku roti
sehari di samping dua bungkusan besar lampin seminggu.
Meskipun mempunyai keluarga yang besar, Sara yang mempunyai adik kembar seiras berkata, kediamannya adalah lebih daripada normal.
“Bagi kebanyakan keluarga, mempunyai anak kembar adalah sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi saya, adalah sesuatu yang ganjil apabila saya tidak melahirkan anak kembar,” katanya kepada akhbar Sunday Mir- ror.
Kisahnya bermula 10 tahun lalu apabila dia melahirkan Liam dan Niamh.
Sara kemudian berpisah dengan bapa kanak-kanak itu, Rhys, sebelum menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sekarang, Craig Morgan, 31.
Pada 2010, dia sekali lagi melahirkan anak kembar, Shay dan Aoife, yang kini berusia dua tahun.
Wanita itu juga mempunyai anak lain sebelum itu, Brogane, 16, Siobhan, 13, Calam, 12, dan Sean, empat.
“Sebahagian keluarga gagal memperoleh anak. Saya melihat setiap kelahiran anak saya itu sebagai rahmat,” katanya.
Walaupun kelahiran kembar kedua agak menyulitkan kehidupannya, tetapi menjelang kelahiran Keeva dan Cerira, Sara berkata, dia sudah tahu ‘apa yang dilakukannya.’
Namun, ia bukan tugas mudah.
Craig, pembuat perabot, tidak bekerja sementara bagi Sara, membesarkan anak adalah tugas sepenuh masa. Sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk mencukupkan perbelanjaan pada setiap bulan.
“Kami terpaksa berhati-hati berbelanja. Saya cuba mendapatkan semuanya dengan kira-kira (pound sterling)�100 (RM500) seminggu. Tetapi, setiap hari saya ke pasar raya, saya terpaksa menambah (pound sterling)�15 (RM75) dalam perbelanjaan,” kata Sara.
Menurutnya, memandangkan setiap anaknya unik, dia tidak menurunkan pakaian anaknya yang tua kepada adik mereka.
“Dan saya berharap mereka semua akan menjaga saya apabila saya tua kelak,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment