SEEKOR anjing yang
bernama Monty memandu kereta Mini di Auckland semalam.
WELLINGTON - Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.
Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus
ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.
Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan
minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan
sebagai haiwan peliharaan.
Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat
dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.
Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi
di internet sebelum ini.
Beberapa klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan
memandu telah ditonton lebih 700,000 kali di laman YouTube setakat ini.
Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini
yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus.
"Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan
itu," kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta
tersebut di sepanjang litar berkenaan.
Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu
kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan.
Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal
minyak dan brek. - AFP
No comments:
Post a Comment