SEPANJANG hidup ini, pernahkah kamu dijangkiti demam campak
yang juga dikenali sebagai cacar air?
Jika belum, lebih baik kamu mengambil langkah penjagaan awal
terutama pada musim hujan ini kerana kebarangkalian mendapat jangkitan itu adalah
sekali dalam seumur hidup.
Jom, kenali jangkitan itu...
Apa itu cacar air?
Demam campak atau cacar air adalah jangkitan biasa yang
berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai
virus varicella.
Cacar air mudah berjangkit daripada seorang individu ke
individu lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan
timbul ruam lepuh (blisters).
Bagaimana cacar air
merebak?
Cacar air boleh merebak melalui udara apabila seseorang yang
menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
Selain itu, jangkitan itu boleh merebak melalui sentuhan atau
pernafasan apabila partikel virus yang terdapat pada cecair yang
keluar daripada lepuh (blister) terkena orang lain .
Apakah tanda dan gejala
cacar air?
Bagi kanak-kanak, mereka akan mendapat cacar air dalam masa
10-21 hari selepas terdedah kepada individu yang menghidap cacar air.
Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada
orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami
jangkitan yang tidak serius.
Jangkitan
cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh
menjadi lebih serius.
Dapatkan
rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami demam campak.
No comments:
Post a Comment