expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 8 January 2013

Bas lama dijadikan restoran di China


















SEORANG pelayan menghantar makanan kepada beberapa pelanggan di dalam sebuah bas di Shenyang.


SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu.


Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran.


Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut.


Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu.


Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com