AFP-GAMBAR yang
disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland
menunjukkan otak Einstein.
WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang
Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan
dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.
Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas
beliau meninggal dunia pada tahun 1955.
Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika
Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya
dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia
menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual
korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. -
Agensi
No comments:
Post a Comment