GEGENDANG
telinga (tympanic membrane) bocor bermaksud gegendang telinga yang berlubang
atau pecah.
Gegendang
telinga adalah membran yang sangat nipis yang memisahkan telinga tengah
daripada saluran telinga luar. Gegendang telinga terbabit dalam proses
penghasilan pendengaran dan mencegah bakteria dan bahan asing lain daripada
memasuki telinga tengah.
Gegendang
telinga yang pecah boleh sembuh dengan sendiri dan tidak memerlukan rawatan.
Penyembuhan biasanya mengambil masa sebulan.
Bagaimanapun, gegendang telinga
yang pecah kerana jangkitan telinga kronik biasanya memerlukan rawatan yang
tertentu.
Pesakit dengan gegendang telinga yang pecah mungkin menghadapi peningkatan risiko jangkitan telinga, kerana bukaan di membran tersebut membolehkan bakteria untuk memasuki telinga tengah dan menyebabkan jangkitan.
- Gegendang telinga
- Gegendang normal
- Gegendang bocor akibat trauma
- Gegendang bocor akibat jangkitan telinga tengah yang kronik
Punca
kebocoran
Gegendang telinga boleh pecah daripada pelbagai punca, termasuk:
- Tusukan daripada penggunaan pengorek telinga sama ada putik kapas (cotton bud), besi atau lain-lain yang dimasukkan ke dalam saluran telinga luar.
- Kebocoran kepada telinga akibat trauma seperti ditampar atau dipukul di bahagian telinga atau kepala.
- Tekanan meningkat dalam telinga tengah (contohnya, menyelam skuba) -barotrauma
- Jangkitan telinga tengah
Faktor
Risiko
Faktor risiko adalah sesuatu yang meningkatkan peluang seseorang mendapat gegendang pecah.
Faktor-faktor berikut meningkatkan peluang pecah gegendang telinga:
- Menyelam skuba
- Jangkitan telinga tengah
- Kecederaan pada telinga
- Memasukkan objek dalam telinga
Gejala
Anda mungkin tidak mempunyai apa-apa gejala. Gejala yang kadang-kadang berlaku termasuk:
- Sakit telinga yang teruk
- Sakit telinga yang teruk, kemudiannya reda dan diikuti oleh cecair seperti nanah keluar dari telinga
- Cecair keluar dari telinga mungkin darah atau nanah
- Kehilangan pendengaran atau kesukaran pendengaran dari telinga yang terjejas
- Bunyi dengung di dalam telinga
Diagnosis
Doktor akan bertanya mengenai gejala dan sejarah perubatan serta melakukan pemeriksaan fizikal. Ketika peperiksaan, doktor akan memeriksa telinga dengan alat otoskop atau kamera berskop untuk melihat jika gegendang telinga berlubang.
Kadang-kadang sukar untuk melihat kerana cecair yang berkumpul di saluran telinga luar menyukarkan penglihatan ke gegendang.
Doktor juga mungkin melakukan ujian audiologi untuk menentukan tahap kehilangan pendengaran yang telah berlaku.
Rawatan
Walaupun terdapat gegendang telinga pecah yang akan sembuh sendiri, ramai juga mungkin memerlukan rawatan supaya berlaku proses penyembuhan. Berbincanglah dengan doktor tentang rawatan yang terbaik untuk anda.
Pilihan rawatan termasuk:
Ubat
- Bagi gegendang telinga pecah disebabkan jangkitan telinga tengah, oral antibiotik dan ubat titis antibiotik akan diberikan. Antibiotik juga boleh diberikan untuk mencegah jangkitan yang mungkin berlaku akibat daripada kebocoran itu. Ubat penahan sakit juga boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan disebabkan gegendang yang bocor.
Saluran telinga luar perlu berada di dalam keadaan kering pada setiap masa, dan bebola kapas yang sudah dicampurkan minyak bayi dan diperah kering boleh dimasukkan ke telinga luar sewaktu mandi. Kegiatan berenang, berendam dan menyelam harus dielakkan.
Pembedahan
Jika gegendang telinga tidak sembuh dengan sendirinya, pembedahan mungkin diperlukan untuk membaiki gegendang yang bocor. Jika anda didiagnosis dengan gegendang telinga yang pecah, ikut arahan doktor anda.
Pencegahan
Untuk membantu mengurangkan peluang gegendang telinga pecah, ambil langkah-langkah berikut:
- Jangan memasukkan pengorek telinga di dalam telinga luar terlalu dalam. Merawat dan mengelakkan jangkitan telinga tengah dan jangkitan saluran pernafasan atas dengan segera.
No comments:
Post a Comment