JAM tangan Patek
Philippe milik penyanyi legenda Eric Clapton dipamerkan di firma lelongan
Christie's di New York pada 12 Oktober lalu.
GENEVA - Seutas jam tangan milik
penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta
(RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam
kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu akan
dilelong oleh firma Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan
platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di
sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam
eksklusif dengan harga keseluruhan mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan
dilelong oleh firma berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut
disiarkan selepas sebuah lukisan oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual
£21.3 juta dalam satu lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal
di dunia bagi seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful
Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam
tahun 2001. - Agensi
No comments:
Post a Comment