SAYUR yang
rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih
enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.
Selain
khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada
masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang
lain.
Namun,
kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau
terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan
sayur yang enak dan segar:
Menghilangkan
pahit peria
Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut
keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam
dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15
minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit.
Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu.
Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut
selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan
semua.
Kekalkan
kesegaran sayur
Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur.
Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan.
Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak.
Kekalkan
kesegaran taugeh
Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau.
Kekalkan
kesegaran bendi
Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama.
Mengenal
pasti sayur yang segar
Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.
Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan.
Mencantikkan
rupa sayur
Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.
No comments:
Post a Comment