expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 9 January 2013

Nabi Sulaiman Dan Seekor Landak





Kisah Nabi Sulaiman dan Seekor Landak merupakan Kisah Nabi yang dipetik dari Koleksi Buku Kisah Nabi dan Rasul. Kisah Nabi Sulaiman Mendengar kata Landak ini bermula apabila Nabi Sulaiman a.s, diberi oleh Raja Jin sebuah bejana kecil yang berisi Air Ma’al Hayat. Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada menterinya yang bernama Asad, apa khasiat air itu, Asad pun menjawab bahawa air itu dapat membuat peminumnya kekal hidup di dunia hingga hari kiamat.


Kemudian Nabi sulaiman bertanya lagi kepada menterinya yang bernama Jin Afrit, apa khasiat air itu. Jin Afrit menjawab supaya segala penyakit dalam tubuh Nabi Sulaiman hilang. Lalu beliau bertanya lagi pada Burung Ukab, apakah dia harus meminum air itu atau tidak. Burung Ukab menjawab sebaiknya beliau meminum agar beliau tetap kelihatan awet muda.


Kemudian, beliau bertanya lagi pada Menteri Asad dengan pertanyyan yang sama. Menteri Asad menjawab, sebaiknya Nabi Sulaiman meminumnya agar paras rupanya bertambah baik tetapi Menteri Asad berkata agar sebaiknya Nabi Sulaiman bertanya kepada Seekor Landak, binatang yang paling bijaksana serta berakal.


Maka Nabi Sulaiman menyuruh Seekor Kuda untuk memanggil landak dilubangnya namun landak itu tidak mahu pula datang. Lalu Nabi Sulaiman a.s menyuruh Seekor Anjing untuk memanggil landak dan landak itu pun datang.


Lalu Nabi Sulaiman bertanya, mengapa landak hanya mahu dipanggil oleh anjing. Si landak menjawab bahawa jika kuda yang memanggil dan landak tidak mahu datang, kuda tidak akan memfitnah landak dan berkata yang sejujurnya kepada Nabi Sulaiman. Sementara jika anjing yang memanggil dan landak tidak mahu datang, anjing pasti akan memfitnah landak dihadapan Nabi Sulaiman kerana anjing adalah binatang yang hina. 


Nabi Sulaiman takjub mendengar jawapan landak dan beliau langsung bertanya, apakah dia harus meminum air itu atau tidak. Landak pun menjawab jika Nabi Sulaiman meminum air itu maka beliau akan hidup kekal hingga kiamat namun, isteri, anak, sahabat, pasukan, dan tenteranya pasti suatu hari akan melalui mati dan anda akan hidup bersendirian. Setelah mendengar semua penjelasan si landak, Nabi Sulaiman sedar dan mengerti, beliau memahami maksud yang disampaikan oleh landak itu dan memutuskan untuk tidak meminum Air Ma’al Hayat itu.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com