Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman
silam,khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita,
mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika
dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka
yang arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk
mengenai tabiat wanita mengikut bulan kelahiran mereka.
JANUARI
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila
melakukan kerja.
FEBRUARI
Boleh dipercayai, pandai membuat kerja, sangat teliti dalam
urusan kerja tapi suka bermain cinta.
MAC
Ringan tulang, mudah membantu,tiada bakat dalam perniagaan
kecuali diberi bimbingan. Mudah tergoda dengan lelaki, tak pandai menyimpan
wang dan suka bersendirian.
APRIL
Tabiatnya lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut.
MEI
Suka merendah diri, penyabar, suka meminta bantuan orang
lain, tiada bakat dalam perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.
JUN
Banyak ilmu pengetahuannya, ringan tulang, hidupnya dalam
kemewahan, perkahwinannya tidak kekal, pernikahan lebih sekali.
JULAI
Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak memperoleh rezeki.
OGOS
Bernikah lebih sekali, berbakti kepada suami, rezekinya
kepada suami, rajin berusaha.
SEPTEMBER
Murah hati, tabah dalam dugaan, mempunyai anak yang ramai.
OKTOBER
Murah rezeki, keras hati, mudah simpati.
NOVEMBER
Rajin, pandai berbicara,mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan
harta pusaka.
DISEMBER
Rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah
berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki.
Ouchh hahahaha. APRIL <3 Kedekut >< Memang betul pun xD
ReplyDeletehaa..kan dah kena tu..hehe...
Deletejun-pernikahan lbh dari sekali?? ish22... khurafat klu pecaye ni....
ReplyDelete