Belajarlah hargai ilmu
Dalam perjalanan dari Nairobi ke Taman Negara Maasai Mara, terdapat sebuah pekan kecil bernama Narok. Di sinilah terletaknya Sekolah Aldo-Rebby. Jom kita lihat bagaimana keadaan sekolah di Kenya ini dengan lebih dekat...
Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah papan tanda
sekolah tersebut. Setiap sekolah di Afrika mempunyai papan tanda seperti ini di
tepi jalan.
Penggal persekolahan bermula pada bulan Januari dan tamat
pada November. Antara subjek yang diajar ialah bahasa, matematik,
sejarah, geografi, sains, kraf dan agama. Biasanya mereka menggunakan dialek
tempatan, bahasa Swahili (bahasa kebangsaan) ataupun bahasa Inggeris.
Di sekolah ini, ibu bapa perlu memberi sedikit sumbangan agar
anak-anak mereka diberi makan pada sebelah siang.
Sekolah ini berbangga dengan kelas komputernya, namun
sayangnya mereka belum mendapat bekalan elektrik.
Bilik
guru. Jumlah pelajar
di sekolah ini terpaksa dihadkan kepada 300 orang sahaja kerana mereka
hanya mempunyai 7 orang guru untuk mengajar kesemua pelajar terbabit.
Keadaan dalam bilik darjah...
Bagi pelajar kecil, mereka ada sesi tidur selepas makan...
Kalau anda perasan, rata-rata pelajar ini memakai baju
sejuk. Sebenarnya ia bukanlah kerana suasana di sekolah ini sejuk, tetapi
disebabkan mereka perlu berjalan beberapa kilometer jauhnya untuk sampai ke
sekolah ini. Jadi mereka perlu bertolak awal dari rumah dan dalam perjalanan
pulang pula, mereka mungkin tiba di rumah pada waktu malam. Pada waktu itu
mungkin cuaca agak sejuk.
P/s: Bersyukurlah dengan nikmat yang kita
kecapi hari ini. Kadang-kadang kalau benda tu susah nak dapat, barulah kita nak
hargai kan?
No comments:
Post a Comment