SEORANG penjaja
memanggang seekor ikan kap di Baghdad pada 5 Oktober lalu.
BAGHDAD - Rata-rata pengunjung yang tiba di al Khadra, Iraq
pasti akan memilih menu istimewa masgouf yang merupakan santapan popular Iraq
dengan menggunakan ikan kap yang dipanggang.
Ikan segar itu dibelah dua dan dimasak dengan kombinasi
bawang, rempah-ratus dan sos tomato.
Haiwan tersebut kemudian dipanggang di atas rak di dalam
sebuah lubang yang dipenuhi bara api.
Pelanggan dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM100)
untuk setiap hidangan masgouf.
Harga untuk hidangan ini dipercayai mahal mengikut standard
restoran di Iraq.
Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk
membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah.
Seorang penduduk Iraq Umm Ahmed memilih seekor ikan kap di
sebuah pasar di Shawka yang terletak di pusat bandar Baghdad untuk dijadikan
menu masgouf.
"Saya memasak menu masgouf dan ia menjadi memori untuk
anak dan suami saya.
"Mereka terbunuh dalam satu serangan pada tiga tahun
lalu, semasa solat Jumaat," katanya sedih.
Seorang peniaga, Harith Faraj, yang mengusahakan sebuah gerai
jualan ikan segar bersetuju dengan mendakwa bahawa harga ikan lebih murah
berbanding daging.
"Sekilo ikan berharga 6,500 dinar (RM15.25).
"Kini, ikan semakin mampu dibeli oleh setiap orang.
Beberapa tahun lalu ia terlalu mahal," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment