KEPALA seekor ikan paus
humpback muncul dekat seorang peluncur laut (kanan) di San Luis Obispo pada 18
Ogos lalu.
SAN LUIS OBISPO, California - Seorang jurugambar amatur, Bill
Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi
sebuah bot dan kayak dekat pantai di sini pada 18 Ogos lalu.
Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan
gambar ikan tersebut.
Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa ia makan
ikan sardin.
"Saya berasa amat bertuah," kata Bouton selepas dia
berjaya menangkap gambar tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment