ANJING Great Dane,
Giant George yang pernah memegang rekod anjing tertinggi di dunia bersama
tuannya, David Nasser di San Diego, Amerika Syarikat.
LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter
apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing
tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records
semalam.
Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing
jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika
Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.
Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu
mamalia tersebut adalah 1.18 meter.
Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan
oleh Guinness Book of World Records.
Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan
memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod
sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.
"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu
seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. -
AFP
No comments:
Post a Comment