GAMBAR yang dirakamkan
pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah
rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran
bandar Provadia.
SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar
kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di
Eropah.
Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum
Masihi.
Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.
Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak
turut ditemui di lokasi tersebut.
Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria
itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. - Agensi
No comments:
Post a Comment