Pengenalan
PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya,
kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk
pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
KHASIAT
Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana
kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di
Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi
memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan
menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan
boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk
hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama
kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
Kesimpulan
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa
yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan
kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji
pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah
pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia. Bukan itu saja, malah
pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit,
menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
PMS:
Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah,
yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.
Tekanan
Darah Tinggi:
Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam
rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap
pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas
makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin
yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita
tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
Kuasa
Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan
makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium
yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu
lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu
menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat
minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan
bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan
akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas
Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika
anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang
baik.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan
sistem saraf anda .
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan
tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan
dinding perut kita.
Seasonal
Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia
mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan
degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air
dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar
potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek
pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat
strok sebanyak 40%!
Demam
Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar
gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Obesiti
dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin
kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek .
Berdasarkan 5,000
pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja
tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita
perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat
tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Haaa...Apa lagi jom beli pisang,boleh sedekah sekali (^_^)…
boleh saya tahu isi blog entry ini dapat dari sumber mana?
ReplyDeleteadakah atas kajian sendiri atau dari blog2/artikel2 lain?