BEBERAPA orang
menyaksikan Wallenda berjalan di atas kabel di Bandar Atlantic kelmarin.
BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik
Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di
sebuah pantai di sini kelmarin.
Bagaimanapun, Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi
tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan.
Seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana
dan Kasino di sini berkata: "Tidak ada jaring dan abah-abah keselamatan
(semasa Wallenda melakukan aksi tersebut).
Seramai 150,000 orang menyaksikan pertunjukan pelagak ngeri
itu.
"Nik," jerit sejumlah orang yang berada di pantai
tersebut semasa sebuah helikopter berlegar-legar untuk merakamkan aksi
Wallenda.
Selepas selesai melakukan pertunjukan itu, Wallenda berkata,
terdapat pasir di atas kabel menyebabkan kakinya terasa licin.
Dia merupakan keturunan keluarga pelagak ngeri yang terkenal
selama dua dekad di Amerika Syarikat (AS).
Pada 15 Jun lalu, Wallenda berjalan di atas kabel di Air
Terjun Niagra yang terletak di sempadan AS dengan Kanada.
Moyang Wallenda, Karl Wallenda merupakan pengasas perniagaan
hiburan lagak ngeri.
Namun, moyangnya itu meninggal dunia ketika berusia 73 tahun
pada tahun 1978 semasa membuat pertunjukan lagak ngeri di Puerto Rico.
Ketika itu, dia cuba berjalan di atas kabel yang direntangkan
di antara dua buah bangunan.- Agensi
No comments:
Post a Comment