WEIRSCHKE (kiri) mengangkat tangan
selepas diumumkan sebagai pemenang menaip khidmat pesanan ringkas paling pantas
di New York kelmarin.
NEW YORK -
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Austin Weirschke dari Wisconsin,
Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kejuaraan dengan memenangi pertandingan
menaip khidmat pesanan ringkas paling pantas di negara ini.
Weirschke
menang selepas dia bertarung dalam lapan pusingan di New York Times Square di
sini kelmarin.
Dia
memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$50,00 (RM154,966) dalam pertandingan
anjuran syarikat pembuat telefon, LG Electronics.
Seramai 11
orang peserta dari AS bersaing dalam pertandingan tersebut.
Kesemua
peserta pertandingan menggunakan jenis telefon bimbit yang sama iaitu LG
Optimus Zip dengan papan kekunci QWERTY.
Pertandingan
itu menguji tiga tahap kecekapan peserta itu; kelajuan, ketepatan dan
ketangkasan.
Para peserta
juga dikehendaki menaip ayat dengan mata ditutup.
"Ia
(kejayaannya) seolah-olah tidak dapat dipercayai," kata Weirschke.
Remaja itu
berlatih menghantar hampir 500 mesej sehari kepada rakan-rakannya.
Tempat kedua
dimenangi oleh Kent Augustine yang berusia 16 tahun dari bandar raya ini.
Menurutnya,
dia berasa sedikit kecewa kerana menduduki tempat kedua.
Bagaimanapun,
dia menduduki tempat kedua dengan memperoleh wang tunai sebanyak AS$10,000
(RM31,049).
Augustine
berkata, dia akan bertanding lagi pada tahun depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment