expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 9 August 2012

Kamera paling popular


JIKA diizinkan Allah, 1 Syawal bakal disambut tidak lama lagi sebagai hari meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa serta melakukan ibadah lain. 


Tidak terkecuali pada pagi Syawal, setiap anggota keluarga akan bangun awal dan bersiap-siap meraikan hari kemenangan itu.


Selain mengenakan persalinan bersih untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, ada juga sibuk di dapur menyiapkan hidangan istimewa lemang, ketupat dan rendang.


Keghairahan menyambut Aidilfitri kini boleh dimeriahkan dengan penggunaan teknologi misalnya kamera untuk merakam foto atau video suasana hari raya bersama keluarga sebelum memindahkan fail terbabit ke peranti seperti laptop bagi dimuatkan dalam simpanan atau memasukkan terus ke laman sosial.


Bagi individu yang beraya di kampung, peranti mudah alih menjadi teman malah ahli keluarga lain turut membawa peranti sama bagi memenuhi masa terluang di rumah atau berhibur beramai-ramai pada waktu malam selepas menerima kunjungan jiran tetangga. 


Bagi meraikan kedatangan 1 Syawal, banyak persiapan dilakukan sebelum berangkat pulang ke kampung masing-masing. Beberapa lokasi tumpuan masih disinggahi termasuk Jalan Masjid India untuk membeli kuih raya dan sebagainya.


Tapi raya kali ini mungkin berbeza jika dibandingkan 20 tahun lalu dengan lambakan produk berteknologi tinggi yang memberi makna baru Aidilfitri.


Seperti yang kerap disaksikan dari hari raya pertama hingga penghujungnya, kamera tetap menjadi gajet nombor satu setiap kali musim perayaan tapi tidak dilupakan peranti lain yang tidak kurang hebatnya untuk digunakan.


Seribupilihan menyenaraikan 10 gajet yang patut anda beli sebelum Syawal menjelang:


Kamera Panasonic Lumix DMC-GF5


 1. Kamera Panasonic Lumix DMC-GF5


Jenama Panasonic berjaya menghasilkan sebuah kamera kompak yang berupaya memenuhi ciri hebat berkuasa seakan DSLR dengan kualiti imej bertaraf profesional iaitu GF5. 


Walaupun mempunyai taraf kamera semi DSLR, kamera terbabit dilengkapi sistem kamera lensa boleh tukar dengan 15 lensa menjadi pilihan dan pelbagai fungsi lain.


Kamera GF5 ini adalah model terbaru selepas kejayaan model GF3 sebelum ini.


Bukan saja untuk lelaki, rekaannya juga direka terutama untuk pengguna wanita bagi menyampaikan bermacam-macam ekspresi kreatif yang menggabungkan pelbagai pilihan merakam bagi meningkatkan pengalaman fotografi mereka.


Diperkasa resolusi rakaman 12.1 megapiksel menggunakan sensor Live MOS dengan 23 senario fotografi bagi disesuaikan ketika raya nanti termasuk Dynamic Monochrome, Impressive Art, Cross Process, Soft Focus, Star Filter, One Point Color dan banyak lagi.


Fungsi terbabit membenarkan anda menetapkan parameter warna, saturasi atau kontras tetapi kalau mahu rakaman pantas, tetapkan saja butang kepada iA (fungsi automatik).


Lumix GF5 boleh didapati dalam warna hitam, emas, merah dan putih dengan dua pilihan iaitu badan dengan lensa berkembar 14 milimeter ditambah dengan standard zoom 14-42 mm pada harga RM2,599 dan badan dengan lensa zoom berkuasa 14-42 mm pada harga RM2,699. 

Canon EOS 650D
  
2. Canon EOS 650D


Satu lagi produk kamera yang perlu ada ketika musim perayaan pastinya tertumpu kepada Canon dengan gajet DSLRnya menerusi EOS 650D yang mempunyai skrin boleh sentuh dengan keupayaan resolusi 18 megapiksel serta pemprosesan imej DIGIC 5.


Ia ditambah dengan kekuatan kekuatan lima rakaman sesaat.


Pada masa sama, kamera terbabit menawarkan kelajuan ISO hingga 12800 manakala fokus automatiknya dipertingkatkan bagi memberi rakaman lebih pantas yang disokong oleh Sistem Hibrid baru AF CMOS. 


Ciri skrin sentuh dengan Teknologi Pengesan Senario EOS mampu meningkatkan tahap pendedahan cahaya yang tepat untuk rakaman menarik dalam pelbagai situasi manakala untuk meningkatkan pengalaman DSLR, Canon juga memperkenalkan dua lensa baru - EF40mm f/2.8 STM serta EF-S18-135mm f/3.5-5.6 IS STM.


Walaupun ia adalah kamera peringkat permulaan, EOS 650D menawarkan ciri canggih untuk memberi nilai kepada pengguna dengan penghasilan gambar yang mengejutkan menerusi imej terperinci. 


EOS 650D menawarkan mod malam baru untuk merakam foto pada waktu malam yang indah tanpa bantuan tripod. Secara tidak langsung, ia akan merakam empat foto serentak sebelum menggabungkannya pada satu imej sempurna.


Dengan harga bermula RM2,599, ia mungkin kamera DSLR paling canggih untuk anda terokai ketika musim perayaan kali ini.

 
Sony HX

 3. Sony HX


Satu jenama yang sinonim dengan musim perayaan, Sony juga mempunyai televisyen sempena Aidilfitri dengan model siri HX dan model kelas pertengahannya, EX yang mampu menawarkan kualiti visual dunia sebenar, disokong beberapa ciri tambahan dalam memberi kebebasan kepada pengguna memilih jenis hiburan diidamkan.



Kedua-dua siri ini juga disertakan dengan pakej hebat mengandungi pelbagai teknologi unik dibangunkan khusus oleh Sony bagi kepuasan maksimum penggunanya.



Antaranya fungsi Dynamicedge LED yang menghasilkan paparan lebih cerah
dan kontras warna mengagumkan selain penggunaan panel OptiContrast membolehkan gambar dipaparkan lebih menarik.



Selain itu, kualiti visual turut dipertingkatkan dengan teknologi Sony X-Reality PRO dan pemprosesan X-Reality Video Digital.



Tidak kurang hebatnya, menerusi paparan skrin televisyen Bravia HX & EX ini, pengguna dengan mudah mencapai akses kepada pelbagai aplikasi seperti Youtube dan kemudahan media sosial seperti Facebook dan Twitter selain dilengkapi kemudahan Skype.



Jadi, musim raya anda kali ini pasti lebih meriah jika semuanya dapat dikongsi keluarga di depan kaca televisyen.


WD TV Live Hub

4. WD TV Live Hub


Satu ciri perkakasan moden untuk raya kali ini tertumpu kepada peranti storan luaran yang popular dengan pemain media WD TV, Western Digital (WDC) melancarkan pusat media WD TV Live Hub Full-HD 1080p berkapasiti 1 terabait (TB) yang memiliki cakera keras rangkaian di dalamnya.



Ia membolehkan pengguna memindah turun filem terus ke peranti terbabit sebelum menontonnya terus di TV tanpa perlu pemain bluray dan sebagainya.



Cuma pindah turun filem atau siri kegemaran daripada perkhidmatan seperti Blockbuster On Demand, malah boleh berinteraktif di Facebook sekali gus.



WD TV Live Hub adalah pusat media yang boleh memainkan pelbagai format video Full-HD 1080p termasuk .mkv, .mp4 and .mov.



Pengguna turut boleh ‘stream’ video daripada pemacu rangkaian rumah dengan pelayan seperti DLNA/UPnP(TM).



Satu lagi ciri unik adalah penyepaduan Facebook yang membenarkan pengguna pindah turun video, foto atau kemaskini status asalkan anda mempunyai skrin TV besar.


Samsung Galaxy Beam



5. Samsung Galaxy Beam



Telefon yang berupaya berubah menjadi projektor dalam masa sekelip mata mungkin antara tumpuan ketika Aidilfitri apatah lagi anda boleh memaparkan imej ke dinding rumah selepas merakamnya pada hari pertama Syawal.


Dari depan, Beam menampilkan empat bucu bersudut bulat dan kelihatan sama seperti mana-mana telefon pintar Galaxy yang lain. 


Projektor Pico menambah sedikit benjolan pada bahagian belakang telefon, tetapi ia tidak terlalu ketara menjadikan telefon ini mempunyai ketebalan 12.5mm dan seberat 145g.


Telefon terbabit mempunyai saiz 4.0 inci WVGA (480 x 800 piksel) Super AMOLED yang cukup jelas untuk melayari laman web dan menonton video walaupun di bawah cahaya matahari.


Projektor Pico DLP bersepadu memberikan resolusi 640 x 360 piksel dan kecerahan 15 lumen yang boleh memaparkan foto dirakam ketika raya dan berkongsinya secara terus. 



Fon telinga Jabra


6. Fon telinga Jabra


BAGI penggemar muzik, set fon telinga Jabra Sport Bluetooth memang berita gembira memandangkan anda tidak lagi terganggu dengan kabel yang memeningkan apabila digantung di sekeliling kepala.


Ia memandangkan set fon Jabra baru ini menggunakan sambungan Bluetooth yang mengelak sambungan kabel panjang namun lengkap dengan fungsi panggilan dan muzik terbaik format A2DP, AM3D dan mikrofon khas. 


Bagi yang balik ke kampung ketika raya nanti, mungkin anda perlukannya terutama ketika duduk dalam bas menunggu perjalanan berjam-jam sebelum tiba ke destinasi.


Jadi, tidaklah terlalu bosan apabila boleh mendengar muzik dengan baik dan mantap sebelum anda melelapkan mata. 


Lenovo IdeaPad U310


 7. Lenovo IdeaPad U310


BERGAYA ketika raya mungkin menjadi tema sesuai tahun ini ditambah pula kelengkapan laptop menerusi model U310 yang mempunyai reka bentuk nipis, kompak serta mudah dibawa ke mana saja kerana saiznya yang kecil dan ringan.



Direka dengan pelbagai pilihan warna menarik, mempunyai gabungan unik rekaan super slim dengan teknologi ultra responsif, dipadankan dengan jangka hayat bateri yang panjang sehingga lapan jam.



U310 ditawarkan pada saiz paparan 13.3 inci manakala U410 bersaiz 14 inci, ditetapkan dengan paparan grafik Intel GMA HD4000 dan NVIDIA GeForce G610M 1GB serta mempunyai berat 1.7 kilogram (kg) dan 1.8 kg masing-masing.



Ia mempunyai kelajuan sepantas kilat yang mampu mengaktifkan semula laptop daripada mod tidur dalam tempoh hanya satu saat, sekali gus mengurangkan masa menunggu serta membantu memudahkan tugas pengguna.



Didatangkan dengan saiz papan kekunci yang lebih besar, kedua-duanya yang menggunakan pemproses Intel Core i5-3317U Generasi Ketiga, juga dilengkapkan dengan fungsi Ultra Smart, mampu mengemaskini secara automatik kotak e-mel, IM dan media sosial lain walaupun ketika mod tidur diaktifkan.



Melalui kerjasama bersama Intel, Lenovo berjaya menempatkan teknologi Paparan Tanpa Wayar (WiDi) yang membolehkan sambungan terus ke televisyen tanpa menjejaskan kualiti visual yang dimainkan pada laptop.



Lenovo IdeaPad U310 mempunyai dua spesifikasi dengan yang pertama menggunakan prosesor Intel Core i3 3217U (1.80GHz, 3MB L3 cache) ditawarkan pada harga RM1,999, yang didatangkan dalam dua warna pilihan Grey dan Cherry Blossom.



Set Teater Rumah LG

8. Set Teater Rumah LG


Model BH9420PW pasti menjadi pilihan yang menawarkan pengguna pengalaman 3D sepenuhnya menggabungkan teknologi 3D Sound Zooming menyelaras output bunyi dengan pergerakan imej 3D pada CINEMA 3D Smart TV sekali gus menghasilkan bunyi dan imej yang sempurna.



Kualiti bunyi 3D juga dipertingkatkan menerusi sistem pembesar suara 9.1 BH9420PW yang mana akan menjadikan empat pembesar suara 3D menegak kepada 5.1 saluran daripada sistem teater rumah konvensional sekali gus menghasilkan bunyi ke segenap ruang.



Aplikasi unik LG yang menggunakan kesan 3D DSP algoritma, teknologi pengembangan bunyi dan pembesar suara 3D tegak mewujudkan pengalaman bunyi 360 darjah.



Sebagai tambahan, kesan audio ‘sweet spot’ juga menyaksikan penonton seolah-olah merasai pengalaman sebenar seperti mana visual tanpa mengira kedudukan mereka di ruang tayangan.



Google Nexus 7

9. Google Nexus 7


Produk yang diidamkan ketika ini cuma anda perlu memesannya terus dari Amerika Syarikat apabila ia belum dijual secara rasmi di negara ini.



Tablet Google sendiri itu berharga semurah RM615 yang bersaiz tujuh inci berkuasa Android 4.1 (Jelly Bean).



Ia mempunyai kejelasan skrin yang menakjubkan pada paparan bertenaga 1280 x 800 piksel resolusi tinggi yang dilindungi Corning Glass tahan calar. 



Ketahanan baterinya mampu bertahan lebih 8 jam memainkan video HD, 10 jam pelayaran web atau 10 jam untuk e-buku. 


JVC GC-XA1 ADIXXION

 
10. JVC GC-XA1 ADIXXION


Bagi kemeriahan Aidilfitri dengan ketawa saudara sahabat handai, pengguna mempunyai pilihan membeli kamkorder JVC baru yang tahan lasak.



Model GC-XA1 ADIXXION baru yang diperkenalkan mempunyai ciri kalis air sedalam lima meter dan tahan gegaran walaupun jatuh dari ketinggian dua meter.



Di samping itu, ADIXXION dimuatkan bersama teknologi WiFi, monitor LCD 1.5 inci , penstabil imej dan bersesuaian kepada pengguna lasak yang aktif terutama kaki panjat gunung, berbasikal dan sebagainya apabila turut ditampilkan dengan aksesori khas bagi aktiviti terbabit.

2 comments:

  1. Replies
    1. boleh jer..pilih yg berkenan..rayer semua nak baru..betul tak..hehe

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com