expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 9 August 2012

Neil Armstrong jalani pembedahan pintasan koronari

Neil Armstrong


NEW YORK - Bekas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong makin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung semalam bagi mengatasi masalah empat arteri koronarinya yang tersumbat.


Armstrong, yang menyambut hari kelahirannya ke-82 Ahad lalu, merupakan komander misi Apollo 11 dan menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di bulan pada 20 Julai 1969.


Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Charles Bolden dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya berharap "hero sebenar Amerika" itu akan segera pulih.


"Semangat sebagai seorang angkasawan yang berada dalam dirinya diharap akan membantunya berhadapan dengan situasinya kesihatannya,” katanya.


Seorang rakan angkasawan semasa Apollo 11, Buzz Aldrin melalui twitternya berkata, "semoga beliau cepat sembuh – kami ingin mengadakan sambutan ulang tahun Apollo 50 pada 2019."


Sementara itu, Eugene Cernan, manusia terakhir berjalan di bulan memberitahu NBC News, isteri Armstrong, Carol Armstrong memaklumkan bahawa suaminya mempunyai semangat tinggi.


Dalam perkembangan berkaitan, Isnin lalu Armstrong gagal dalam ujian tekanan yang membawa kepada pembedahan.


Sebelum ini, Armstrong menarik perhatian dunia melalui cara berjalan yang dikenali sebagai ‘moonwalk’ yang kemudiannya membawa beliau dan Cernan memberi keterangan di hadapan Kongres pada September 2011 mengenai masa depan Nasa.


Beliau bersama tiga angkasawan lain kemudiannya menerima Pingat Emas Kongres iaitu sebuah  anugerah awam tertinggi AS pada November.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com