CLAUDIA meniup lilin pada kek
ularnya. Gambar kecil (atas), kek ular yang yang sudah dipotong.
LONDON: Ular
ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi,
kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.
Ia dibuat
oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun
kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’
selepas melawat sebuah zoo.
Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.
Dia memasak
kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular
sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.
Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza.
Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.
Francesca,
ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent,
berkata: “Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya.
“Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.
“Kanak-kanak
itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa
mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment